Thursday, June 03, 2010
Moved --->

Finally, moved to :



PlainCoffee.blogspot.com

getting bored here.. ^_~

Posted at 02:50 pm by kOri
say somethin\' :)  




Sunday, May 30, 2010
Sejarah yg makin dilupakan : 29 Mei 1453

Beberapa hari lepas..Genap sudah 557 tahun..29 Mei 1453 - 29 Mei 2010

Ramai yg x tahu..Ramai yg lupa..lebih ramai dari yg ingat akan sejarah ini..sejarah kebanggaan kita.

Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”

(Hadis riwayat Imam Ahmad)

Siapakah Raja sebaik raja itu? dan siapakah tentera sebaik tentera itu?

Biar aku kisahkan kembali pada mu sahabat..
kisah kebanggaan kita..kisah kegemilangan islam

____________________________________________________________________________________
        






         Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Constantinople untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah swt di dalam Hadis tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, 5 kempen di zaman Kerajaan Umayyah, 1 kempen di zaman Kerajaan Abbasiyah dan 2 kempen di zaman Kerajaan Usmaniyah.

      Di dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umayyah, seorang sahabat besar Nabi saw iaitu Abu Ayyub Al Ansary ra telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab, “Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Constantinople”. Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi saw.

Hadis Nabi saw ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al Fatih, khalifah ke-7 Kerajaan Usmaniyyah dan 150,000 orang tenteranya.

Siapakah Sultan Muhammad Al Fatih? Apakah kehebatan Baginda dan tentera-tenteranya sehingga disebut “sebaik-baik raja” dan “sebaik-baik tentera” di dalam hadis tersebut.

PENGENALAN

Baginda dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki – Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup Baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai “sebaik-baik raja” di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al Fatih kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.

Baginda menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 – 1481). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 kerana sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat Baginda mangkat diracun. 

PENDIDIKAN

Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Di dalam bidang keagamaan, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al Wali dikatakan dari keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq ra. Di dalam ilmu peperangan pula, Baginda diajar tentang tektik peperangan, memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera.

Di dalam bidang akademik pula, Baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew. Di dalam bidang Ilmu Pemerintahan pula, ayahanda Baginda , Sultan Murad II, dengan tujuan mendidik, semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia, telah melantik Baginda yang baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Dalam usia semuda ini Baginda telah matang menangani tipu helah musuh.

KEPERIBADIAN

Baginda sentiasa bersifat tawadhu’ dan rendah diri . Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulamak-ulamak dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja

Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulamak dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara.

PERSIAPAN AWAL MEMBEBASKAN CONSTANTINOPLE

Selama 2 tahun selepas menaiki takhta, Baginda mengkaji pelan Kota Costantinople setiap malam bagi mengenal pasti titik kelemahannya. Baginda juga mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang tentang strategi yang sesuai untuk digunakan.

Baginda mengarahkan dibina peralatan perang termoden seperti meriam besar yang boleh menembak bom 300 kg sejauh 1 batu. Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Constantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Perjanjian damai dibuat dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Constantinople apabila diserang nanti.

Baginda membawa bersama para ulamak dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Constantinople, Baginda mengarahkan dilaungkan Azan dan solat berjemaah. Tentera Byzantine gentar melihat 150,000 tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah kesunyian alam.

MELANCARKAN SERANGAN KE ATAS CONSTANTINOPLE

Setelah segala persiapan lengkap diatur, Baginda menghantar utusan kepada Raja Bizantin meminta beliau menyerah. Keengganan beliau mengakibatkan kota tersebut dikepung. Pada 19 April 1453, serangan dimulakan. Kota tersebut hujani peluru meriam selama 48 hari. Setengah dinding luarnya rosak tetapi dinding tengahnya masih teguh.

Menara Bergerak

Seterusnya Baginda mengarahkan penggunaan menara bergerak yang lebih tinggi dari dinding kubu Byzantine dan memuatkan ratusan tentera. Tentera Byzantin berjaya memusnahkan menara tersebut setelah ianya menembusi dinding tengah kubu mereka.

Bantuan Dari Pope Vatican

Pope di Rome menghantar bantuan 5 buah armada yang dipenuhi dengan senjata dan tentera. Perairan Teluk Golden Horn direntang dengan rantai besi untuk menghalang kemaraan armada Usmaniyah. Ini menaikkan semula semangat tentera Bizantin.

Melancarkan Kapal Perang Dari Puncak Gunung

Kegembiraan mereka tidak lama. Keesokan paginya, mereka dikejutkan dengan kehadiran 72 buah kapal perang Usmaniyah di perairan Teluk Golden Horn. Ini adalah hasil kebijaksanaan Baginda mengangkut kapal-kapal ke atas gunung dan kemudian diluncurkan semula ke perairan Teluk Golden Horn. Tektik ini diakui sebagai antara tektik peperangan (warfare strategy) yang terbaik di dunia oleh para sejarawan Barat sendiri. Kapal-kapal itu kemudiannya membedil dinding pertahanan belakang kota.

Kapal-kapal perang tentera Byzantin habis terbakar kerana bedilan meriam Usmaniyah. Pertahanan Byzantin menjadi semakin lemah. Baginda mengambil kesempatan pada malamnya dengan memberikan semangat kepada tenteranya serta mengingatkan mereka kepada Hadis Rasulullah saw dan bersama-sama berdoa kepada Allah swt.

Memanjat dan Melastik Dinding Kota

Keesokan paginya tentera Usmaniyah cuba memanjat dinding dalam kubu dengan tangga dan cuba merobohkannya dengan lastik besar. Tentangan sengit pihak Byzantin menyebabkan ramai yang syahid. Baginda memerintahkan tenteranya berundur dan bedilan meriam diteruskan sehingga tengahari.

Karisma Seorang Pemimpin

Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda kejayaan telah menimbulkan rasa bosan dan menghilangkan keyakinan tentera Baginda. Pada saat yang genting ini Baginda berucap menaikkan semangat tenteranya, “Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid ikutlah aku!”.

Mendengarkan itu, Hasan Ulubate, salah seorang tentera Baginda mengetuai sekumpulan kecil 30 tentera membuka dan melompat masuk ke dalam kubu musuh lantas memacak bendera Islam di situ. Mereka kesemuanya gugur syahid setelah dihujani anak panah musuh. Kemudian tentera-tentera Islam menyerbu bertali arus menembusi barisan pertahanan Byzantin sambil melaungkan kalimah Allahu Akbar.

Penawanan Constantinople

Pada 29 Mei 1453, Kota Constantinople jatuh ke tangan Islam. Baginda menukar namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan) . Gereja Besar St Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Baginda dengan tawadhuknya melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur. Semenjak peristiwa inilah Baginda diberi gelaran “Al Fatih” iaitu yang menang kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.

SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA

Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.

Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk.

Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh . Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah saw di dalam Hadisnya itu

credit to
Ustaz Muhammad Fauzi

Posted at 06:14 am by kOri
say somethin\' :)  




Saturday, May 15, 2010
L.O.V.E




Love …
Would make you blind
But it matters when love blinds me from seing Allah's light

Love
Would make you forget
I don't care to much if I couldn't remember
But it matter when love makes me forget Allah

Love …
Makes you a fool
I don't care so much in being a fool
But it matter if I am a fool in telling the difference between right and wrong

Love makes you happy
But why should I be happy
When I should be grieving for disobeying Allah's order

Love
needs a lot of sacrifice
I am willing to sacrifice
But why should I sacrifice, if it is not for Allah?

Love..
Why should I love
If it is not for Allah


Posted at 02:42 am by kOri
say somethin\' :)  




Monday, May 03, 2010
Stay~..masih disini

Terlintas nak berpindah tapak blog ke blogspot. Sebenarnya, ianya dah diwujudkan pun..HEhe. Sebabnya, melihatkan blog2 yang menggunakan blogspot agak menarik, tambahan, sahabat2 banyak menggunakannya..lalu, timbul lah keinginan yang tidak terlalu mendesak, sekadar ingin mencuba. Dan sekarang perasaan itu dah makin pudar, Kerana tiba2 kembali datang pada fikiranku akan kenapa aku menulis ( menaip sebenarnya..^^).

Jika tulisan itu berkisar pada sekitar kehidupanku, maka ini adalah satu tempat untukku meluah akan perasaanku, moga ia mampu membuatkan fikiranku lebih lapang.

Dan jika tulisan itu bukan aku wataknya, maka itu adalah suatu kisah teladan mungkin?, untukmu..pengajaran dari kehidupan mereka mungkin? inshaAllah.

Dan jika tulisan itu bersifat nasihat, maka ianya adalah untukku,..dan seharusnya untukmu juga, Sekadar pesanan dari seorang hamba tuhan, kerana sifat kasih pada sesama insan, demi mencari redha tuhan.

jadi..tak kira dimana pun aku menulis, ianya tetap sama..masih sama inshaAllah.
jadi..aku masih disini, akan terus disini, selagi aku x bosan disini, atau sini x membosankan aku dan masih mampu aku untuk berfikir dengan jelas dan waras, aku masih disini. ^_^/ peace.


Posted at 10:42 am by kOri
say somethin\' :)  




Sunday, May 02, 2010
my wisdom teeth~

"ish..kori2..orang makan ayam jugak, xde la smpai terpacak tulang ayam kat gusi," omong ku sendiri. Biasanya, kuis pakai lidah je dah berjaya, ntah nape hari ni dah putar lidah sampai "krem"..x berjaya jugak. Terus, dibiarkan macam tu je dengan rasa tak selesa pada hujung dalam mulut. Pastu, tetiba datang berdenyut..mula la cari cermin nak tengok2 ape la yg dibuat si tulang ayam ni sampai tak senang duduk ku dibuatnye. Dilihat betul2..gigi rupanye, gusi siap bengkak2 lagi. "Nak besar lagi la tu." tu ckp sahabatku menurut nenek dia. Lalu ku pun jalankan siasatan punca sebenar kejadian ni..

PERNAH mendengar mengenai geraham bongsu? Kononnya, selagi ia tidak tumbuh, selagi itulah anda belum 'dewasa'. Geraham bongsu selalu dikaitkan dengan kesakitan dan dianggap penanda kedewasaan seseorang.

Geraham bongsu sebenarnya tidak banyak berbeza daripada gigi yang lain. Ia adalah gigi yang tumbuh di hujung mulut. Geraham bongsu biasanya tumbuh apabila anda berusia antara 17 hingga 21 tahun. Kerana kelewatan itu ia dikenali sebagai geraham bongsu (wisdom teeth).

Sebenarnya, bukan semua orang mengalami kesakitan apabila geraham bongsu ini tumbuh. Jika anda mengalami kesakitan ketika geraham bongsu tumbuh, anak anda mungkin tidak. Jadi jangan terlalu menakut-nakutkan dia.

Geraham bongsu boleh mendatangkan masalah dan kesakitan jika ia tidak tumbuh dengan betul. Misalnya, ia mungkin tumbuh secara horizontal.



Kedudukan geraham bongsu yang tumbuh tidak betul juga boleh mengganggu susunan gigi lain atau merosakkan tulang rahang atau saraf. Kedudukan itu membuatkan ia mudah reput.

Jika ia terperangkap dalam tisu atau tulang rahang atau tumbuh separuh saja ia juga boleh mendatangkan masalah.

Gigi geraham bongsu yang tumbuh separuh boleh menyebabkan masalah gusi. Malah kedudukannya yang jauh menyukarkan anda memberusnya. Geraham bongsu yang tumbuh separuh menimbulkan kesakitan.

Keadaan ini dikenali sebagai 'impacted'. Geraham bongsu ini tersekat pertumbuhannya kerana rahang tidak memiliki ruang yang cukup untuk semua gigi. Ini disebabkan gigi anda tidak tumbuh dengan susunan yang betul. Mungkin sebahagiannya senget atau tidak teratur. Atau mungkin juga rahang tidak cukup luas untuk kesemua gigi.

Masalah geraham bongsu yang begini memang sangat biasa ditemui. Begitupun masih ada mereka yang tidak mengalami masalah. Malah mungkin langsung tidak menyedari, gigi geraham bongsunya sedang tumbuh!

Gigi geraham bongsu yang tersekat boleh mendatangkan masalah. Ia mudah memerangkap sisa makanan dan plak. Ia menyebabkan kawasan itu bengkak, sakit dan mulut berbau. Ia juga kadang kala boleh merosakkan gigi yang lain kerana jangkitan.

Jika geraham bongsu itu tidak berfungsi, mereput, mengalami jangkitan atau mengganggu kunyahan, ia mungkin perlu dikeluarkan. Begitupun, setiap kes berbeza dan hanya doktor yang boleh memastikan sama ada ia perlu dikeluarkan atau tidak.


..Orh, macam tu ke..baru tau..HEhe. Jd tak benar la besar bertambah eh? hurm ;)


sumber gigi diatas diperoleh drp laman seorg sahabat yg diambil dr brita harian.


Posted at 10:54 am by kOri
say somethin\' :)  




Friday, April 23, 2010
Perfect~

I always wonder; is it ever worth it?
To try and strive to be ever so perfect?

Who determines what perfect is and what isn't?
Who truly is so happy and lives so pleasant?

Who has never cheated, lied, hurt or has been hurt
Yet still is sweet and kind, and knows what a soul is worth?

Which mortal has lived heaven on earth?
Who can live and say, I will never die from the day of birth?

That sounds too good to be perfect.
Let me help define how a human is perfect.

Perfect is being able to forgive and forget,
To be able to realize your mistakes and repent,

To realize our bad, and promise to never do it again,
But then again, we're only humans in the end.



by Taysseer Kadri


Posted at 06:17 pm by kOri
Comment (1)  




Monday, April 19, 2010
azimat seorang sahabat

kekadang bila diri kita terasa lemah. seperti berat untuk tersenyum. Lalu mengharapkan datangnya seseorang kepada kita dan berkata." kuatlah, bangunlah, tabahlah, perjuangan ini masih belum tamat."..walaupun hakikatnya kita sudah benar mengerti akan keadaan itu, walaupun kita tahu Allah sentiasa bersama dengan org2 yang sabar, tetapi kata-kata serta senyuman dari seseorang yang kita kenal dan percaya itu mampu membuatkan kita kembali segar dan bersemangat..membuatkan kita sedar bahawa kita tidak seorangan berjuang..

Jadilah seorang sahabat yg mampu membuat sahabatmu tersenyum biarpun dalam duka..



Firman Allah; “Sudah pastilah kecintaan-KU itu untuk orang-orang yang saling ziarah menziarahi kerana AKU. Sudah pasti pula kecintaan-KU untuk orang yang saling cinta menyintai kerana AKU, sudah pasti pula kecintaan-KU kepada orang-orang yang saling bantu membantu kerana AKU. Juga sudah pastilah kecintaan-KU untuk orang yang saling tolong menolong kerana AKU.” - Riwayat Ahmad dan Hakim. (Hadis Qudsi)


Posted at 11:56 am by kOri
say somethin\' :)  




Tuesday, April 13, 2010
Meningkatkan diri melalui Mujahadah

       Pada adatnya tidak mungkin kita sampai pada lapangan makrifat terhadap Allah SWT apabila kita tidak mahu bermujahadah, tidak mahu melihat kelemahan-kelemahan yang terkandung dalam diri kita, lebih-lebih lagi kelemahan itu berupa penyakit hati.
Oleh itu Allah SWT telah berfirman yang bermaksud: “Orang-orang yang berjuang di jalan Kami, sesungguhnya Kami akan memberi petunjuk mereka itu pada jalan-jalan Kami, dan sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang membuat kebaikan.”
“Mujahadah” yang dimaksudkan dalam ayat ini adalah memerangi hawa nafsu yang mengatasi segala kelemahan diri untuk mencapai dengan sempurna keredaan Allah SWT.  Tegasnya, orang-orang yang mengerjakan sesuatu yang tidak baik bererti ia mendatangkan kekurangan pada peribadinya sendiri. Umumnya tabiat manusia tidak menghiraukan keaiban-keaiban tetapi mengutamakan pada hal-hal yang dianggap baik.

Meskipun sifatnya masih fatamorgana bahkan masih belum apa-apa, sama seperti orang sakit tidak mahu melihat penyakitnya untuk diubati tetapi perhatiannya lebih dahulu mengarah kepada hal-hal yang harus dikerjakan apabila ia sihat. Manusia yang sempurna dalam berfikir serta sempurna dalam perasaan akan melihat keaibannya lebih dahulu demi untuk mencapai keutamaan yang dicita-citakan.  Ulama tasawuf pernah berkata:  “Hendaklah kamu mencari istiqamah dan jangan anda mencari karamah, kerana sesungguhnya nafsumu menggugatmu mencari kemuliaan, sedangkan Tuhan-mu menuntut kamu dengan istiqamah. Dan sesungguhnya berada di sisi hak Tuhanmu adalah lebih patut dari beradanya kamu dengan keuntungan diri anda.”
Allah menghendaki agar kita istiqamah pada jalan-Nya dan apabila kita selalu mematuhi kehendak-Nya maka dengan sendirinya Allah akan memberikan kurniaan pula buat kita iaitu keutamaan-keutamaan yang datang apabila amal yang ikhlas telah kita kerjakan. Oleh itu, kita harus mengutamakan hak Allah daripada mendahulukan keuntungan diri dan nafsu kita.
Tahukah anda, jalan apakah bagi kita untuk mengenal segala keaiban-keaiban diri kita dan dapat pula mengatasi semua itu?  Imam Al-Ghazali r.a telah menunjukkan jalannya sebagai berikut:


• Hendaklah seseorang itu berada di bawah pimpinan seorang guru, dia dapat melihat kekurangan-kekurangan dan keaiban-keaiban serta penyakit-penyakit murid yang dipimpinnya. Dengan demikian si guru dapat mengeluarkan hukum-hukum atau jalan-jalan apakah yang harus dijalani oleh murid agar penyakit-penyakitnya sembuh.
• Bergaul dengan teman yang mencintai kita dan berhati benar terhadap kita. Bergaul dengan teman itu ertinya, kita dapat diawasi olehnya mengenai hal keadaan kita dan pekerjaan kita. Andainya kita menyimpang dari landasan yang sebenarnya, maka si teman tidak segan-segan menegur dan menasihati.
• Penyakit-penyakit atau keaiban-keaiban orang lain menjadi pengajaran bagi kita, agar kita tidak mengerjakan penyakit-penyakit yang serupa.
• Hendaklah banyak mengambil faedah dari pergaulan sesama kita.  Mana yang baik untuk diikuti, maka kerjakanlah. Dan mana yang buruk hindarkanlah, sebab tabiat kemanusiaan anatara satu dengan lain kadang-kadang saling berdekatan.
Demikian Imam Al-Ghazali dalam memberikan tuntutan dan nasihat kepada orang-orang sakit di mana segala penyakitnya itu dapat menjauhkannya dari Allah SWT. Bahkan dapat menjatuhkannya ke dalam kemarahan Allah SWT apabila si sakit tidak melaksanakan kewajipan-kewajipan selaku hamba terhadap Tuhannya.

Justeru, dalam kita menggali telaga kekurangan dan kelemahan yang terhimpun di dasar diri kita, maka lihatlah akan hikmat yang tersembunyi padanya. Jangan kita mengatakan bahawa Allah Ta'ala itu zalim kerana mengurniakan kelemahan pada hamba-Nya, tetapi renunglah bahawa dengan adanya kelemahan itu menjadikan “taqarrub” kita kepada Khaliq lebih bermakna. Maka sewajarnya kekurangan dan kelebihan yang terkumpul pada diri anak adam iti sisyukuri untuk menzahirkan rasa kehambaan dan kecintaan kepada Pencipta.

Posted at 03:00 am by kOri
say somethin\' :)  




Tuesday, April 06, 2010
who am i?

''I am a traveler seeking the Truth, a human searching for the meaning of humanity, and a citizen seeking dignity, freedom, stability and welfare under the shade of Islam. I am a free man who is aware of the purpose of his existence and calls, truly, my prayer and my sacrifice, my life and my death, are all for Allah, the Cherisher of the worlds; He has no partner. This I am commanded and I am among those who submit to His Will. This is who I am. Who are you?'' -- Al Banna

...who am i?


Posted at 09:57 am by kOri
say somethin\' :)  




Thursday, March 25, 2010
aku harus kuat.

"kenapa dgn ko ni kOri..serba x kena"..Monolog aku pada diri.

Ujian pasti datang..ibarat garam dalam masakan..ia adalah pelengkap kehidupan


Aku yakin akan janji Allah tidak akan membebani hambaNya dengan bebanan yang tidak mampu dipikul. Aku mungkin lebih kuat dalam bentuk kesusahan...mungkin juga lemah dalam bentuk kesenangan. Mungkin juga kesenangan akan membuatkan ku lupa, leka dan alpa. Mungkin juga ujian kesusahan ini akan menjadikan aku seorang muslim yang lebih matang..ya, matang jiwa, matang iman juga inshaAllah. Sepatutnya aku ini lebih lagi bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan, Kesusahan ini adalah sedikit jika berbanding kesenangan yang selama ini datang. Hadapilah segala ujian dengan senyuman semampu. Jatuh..rebah..ia adalah kebiasaan bagi insan, dan kehebatan yang sebenar adalah kemampuan untuk kembali berdiri dan kemudian berlari. Kemampuan diri untuk menginsafi, kemudian mencari konklusi dan kemudian memperbaiki segala kelemahan diri, mempertingkatkan kualiti insani.

"Adakah manusia itu menyangka bahawa mereka dibiarkan saja  mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta."  ( al-Ankabut: 2 - 3)

"Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan "Rabb kami ialah Allah", kemudian mereka tetap istiqamah, maka tidak aada kekhuatiran terhadap mereka dan mereka tidak (pula) berdukacita". (QS Al-Fushshilat: 30)

kerana itu..aku harus kuat..
Istiqomah itu mesti.
Mujahadah keranaNya..
aku harus kuat..
Kuatkanlah aku ya Allah..agar terus berada dijalanMu..ameen~

Posted at 11:19 am by kOri
Comment (1)  




Next Page


Photobucket

Ahlan wa sahlan ya..

Adhakallahusinnaka..InsyaAllah



~somethin' to share~

+www.raudhah.com+
+www.zaharuddin.net+
+www.saifulislam.com+
+www.iluvislam.com+
+www.langitilahi.com+
+www.ukhwah.com+
+www.halaqah.net+
+www.islamtoday.com+
+www.al-ahkam.net+
+www.shukur.org+
+www.darulnuman.com+
+www.turntoislam.com+
+www.islamfortoday.com+
+www.islamicity.com+
+www.islamworld.net+
+www.islam-guide.com+

~somethin' to learn~

+how stuff works+
+hadith database+
+learn arabic+
+learn japanese+
+learn korean+
+learn spanish+
+learn chinese+
+learn all language+
+islamic chat+
+learn english+
+malay - English dictionary+

~kalamullah~
+Quran - mari mengaji+
+Quran download - all reciters+



Narrated Abu Huraira:
The Prophet said, "Allah says: 'I am just as My slave thinks I am, (i.e. I am able to do for him what he thinks I can do for him) and I am with him if He remembers Me. If he remembers Me in himself, I too, remember him in Myself; and if he remembers Me in a group of people, I remember him in a group that is better than they; and if he comes one span nearer to Me, I go one cubit nearer to him; and if he comes one cubit nearer to Me, I go a distance of two outstretched arms nearer to him; and if he comes to Me walking, I go to him running.' " - hadith Bukhari - Volume 9, Book 93, Number 502


   





<< January 2012 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31

.::COUNTER::.


FREE PALESTINE







Contact Me

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:




rss feed